Followers

Saturday, October 6, 2012

Jeritan - J1


PISAU yang sudah berlumuran darah itu ditarik keluar. Hatinya puas melihat tubuh yang sudah terbaring kaku itu. Foto-foto yang berselerakkan bermandikan dengan darah.

            “Perempuan tidak guna! Berani kau curang dengan aku!” Dia ludah pada wajah wanita itu.

            “Aku berikan kau harta dan kekayaan tapi ini balasan kau pada aku. Sanggup kau menduakan aku.” Dia teresak. Sudahnya dia duduk di sisi wanita yang sudah menjadi mayat itu. Bunyi siren polis mula kedengaran.

“DOKTOR Heliza…awak percaya pada hantu.” Inspektor Nazrin memandang gadis di hadapannya itu.

            Doktor Heliza tersenyum.

            “Hantu itu golongan dari Jin. Dalam Al-Quran ada menceritakan tentang golongan Jin ini. Benda-benda halus ini kita tak nampak dengan mata kasar. Dalam dunia serba moden ini tidak mustahil jika ada benda-benda halus itu.” Doktor Heiza menjawab lembut.

            Inspektor Nazrin mengusap dagu.

            “Jadi awak percayalah dengan cerita suspek?”

            “Boleh jadi juga.”

            “Tidak mustahil juga jika suspek menipu?”

            “Dan tidak mustahil juga jika suspek berkata benar.” Doktor Heliza mengajukan pen pada wajah Inspektor Nazrin. “Rekod suspek juga bersih.” Sambung Doktor Heliza.

            “Tapi hati manusia siapa yang tahu. Manusia jadi kejam bila dirasuk syaitan.” Inspektor Nazrin bingkas bangun.

            “Kata awak itu saya memang setuju.”

            “Ini kes yang ketiga melibat banglo usang  Puan Anatasia itu. Kes paling ngeri yang saya kena handle. Suspek pula terlepas kerana masalah mental sama seperti kes-kes sebelum ini.” Inspektor Nazrin memulas tombol pintu bilik itu.

            “Nazrin…Saya berani katakan yang banglo itu benar-benar berpuaka.”

            Pintu bilik itu ditutup. Inspektor Nazrin menyeluk kedua beah tangannya ke dalam kocek seluar. Kata-kata Doktor Heliza itu tidak masuk di akal.

            Misteri banglo Puan Anatasia itu tidak pernah terungkap hingga ke hari ini. Puan Anatasia, pemilik banglo itu hilang entah ke mana. Banglo itu di jaga rapi oleh adik mendiang.  

1

“NAZ…makan sikit ya?” Pujuk Puan Juhara lembut. Dia hulurkan sudu yang berisi bubur itu kepada anak lelakinya itu.

            Farnaz gelengkan kepala. Puan Juhara melepaskan keluhan berat. Farnaz masih tidak mahu makan. Tubuh anak lelakinya itu sudah semakin susut. Puan Juhara merindui gelak dan tawa Farnaz. Farnaz tidak jadi begini jika kemalangan tidak di duga itu berlaku. Bukan salah Farnaz atas kematian kakak kembarnya Farhana. Hati mana tidak luhur melihat kepala kakak kembarnya digilis lori di hadapan mata.

            Saban hari air mata Puan Juhara berjuraian melihat keadaan Farnaz. Sikap Farnaz yang membisu itu menambahkan duka di hati.  Farnaz akan bersuara apabila bertanyakan tentang arwah Farhana.

            “Kak Ju…ada baiknya kita pindah dari sini. Lagipun rumah ini banyak tinggalkan kenangan Naz pada arwah Hana.” Juliana menepuk lembut bahu kakaknya itu.

            “Doktor pun ada beritahu akak macam tu.”

            “Kita kena buang kenangan pahit dalam ingatan Naz, kak. Ana tidak kisah behenti kerja di sini. Ana tidak sampai hati lihat Naz begitu.”

            “Akak akan usahakan. Bukan mudah nak dapat rumah dalam jangka masa yang singkat.”

            Juliana anggukkan kepala.

            “Insya-Allah…Ana akan bantu cari rumah.”

            Puan Juhara tersenyum nipis. Juliana sudha banyak membantu. Kesian jua dia pada adiknya itu. Malah Juliana terpaksa membatalkan perkahwinannya kerana Farnaz. Kini
Juliana mahu behenti kerja demi dia dan Farnaz.

“KAK Hana…Kak Hana…” Farnaz meracau-racau lagi dalam tidur. Wajah ngeri Farhana yang berlumuran darah itu menghampirinya. Kakinya seolah-olah dipaku. Dia tidak sanggup melihat kepala Farhana yang pecah dan menampakkan isi otaknya itu.

            Puan Juhara bergegas masuk ke dalam bilik Farnaz. Anaknya itu sudah mengesot di sisi katil sambil menggigil ketakutan.

            “Ya Allah, anak mama…” Puan Juhara terus merangkul tubuh Farnaz. Benar kata  adiknya Juliana. Mereka perlu pindah dari sini.

            Puan Juhara terpaksa menemani tidur Farnaz. Selimut itu ditariknya hingga ke paras dada Farnaz.Dia kucup dahi Farnaz. Ubun kepala Farnaz diusap dengan penuh kasih sayang.

            “Mama sayang pada Naz. Mama juga sayang pada arwah Hana. Mama hanya ada seorang sekarang. Mama mahu Naz cepat pulih. Mama mahu lihat senyuman Naz. Mama mahu Naz sambung belajar semula.” Bisik Puan Juhara perlahan.

IKLAN rumah di akhbar sudah hampir semua dibulatkan. Tiada satu rumah pun yang buat hati Puan Juhara berkenan. Dia perlukan sebuah rumah yang sunyi dan sepi lari dari kebisingan kota.

            Puan Juhara menghempaskan akhbar itu di atas meja. Dia melepaskan keluhan kecil. Rahimah menghulurkan segelas air kosong kepada majikannya itu. Dia tahu majikannya itu sedang keletihan. Majikannya itu ditimpa dengan pelbagai musibah dalam masa begitu singkat.

            “Saya rasa baik puan pulang berehat di rumah sahaja.”

            Puan Juhara memandang wajah Rahimah pembantunya itu.

            “Entahlah Mah, kepala saya ni rasa macam nak pecah berfikir. Awak tahu ada rumah kosong yang kata orang sunyi dan jauh dari kebisingan.”

            Rahimah gelengkan kepala.

            “Susah nak cari rumah terperuk dari bandar ni puan. Tak jauh ke puan nak tempat kerja nanti?”

            “Awak pun tahu keadaan lelaki saya. Saya kena bawa Naz jauh dari sini Mah. Sakitnya itu makin melarat selagi kami tidak pindah dari rumah tu. Dia ada cakap dia nampak bayangan arwah Hana dalam rumah tu. Risau saya.”

            Berat juga kes Puan Juhara ini. Lagi berat dari kes penceraian yang sering wanita itu hadapi.

            “Saya akan cuba Tanya pada teman-teman saya nanti.”

            “Terima kasih Mah.”

1 comment: