Followers

Tuesday, March 19, 2013

Stalker_2

JULIA HUSSEIN – MODEL YANG BARU MENEMPAH NAMA DALAM DUNIA MODELING MATI DIBUNUH DENGAN KEJAM.

Akhbar Harian Metro itu Dino campakkan pada dada meja. Perempuan seekor itu dah mampus kena bunuh. Padan muka! Mulut berpuaka sangat. Dino ketawa puas hati. Elok sangat pun kena bunuh. Kurang seekor model yang cerewet nak mampus macam Julia. 

            “Gelak sakan ko, nok.” Borhan teman serumah itu menyapa.
            “Mestilah. Betina tu dah k.o. Aku rasa aman dunia ni.” Dino menyilangkan kaki licinnya yang tanpa bulu roma itu atas meja.


           Borhan geleng kepala. Dia angkat akhbar tersebut.

            “Cun siot! Rugi kena bunuh.”
            Dino menjuihkan bibir. Borhan seperti Haris. Mata keranjang!
            “Cun pun dah jadi mayat.”
            “Melepas aku nak berkenalan.”

            Dino mencebik. Setakat perempuan macam itu Julia itu tiada makna untuk dijadikan kenalan. Lelaki keliling pinggang. Lepas yang itu puas yang ini pula sapu. Jijiklah. Depan berlagak suci belakang kotor ya amat. Elok sangatlah perempuan-perempuan kotor macamJulia dibersihkan terus dari muka bumi ini. 

           “Ko berkenalan dengan dia dalam kubur nanti. Mesti dia suka.”
            Borhan lemparkan akhbar pada muka Dino.
            “Mulut ko memang aku siat-siat nanti. Aku belum nak mampus lagi.”
            Dino ketawa.
            “Sibuk sangat nak berkenalan.”

            Borhan duduk di sebelah Dino. Dino ni tahu mengata orang saja diri sendiri tak mahu tengok. Bukan takat bulu kaki saja Dino kasi licin sampai bulu ketiak dengan bulu kening sekali dia cantas. Apa nak jadilah pada kawannya seorang ini. Nak kata lelaki pun serba salah nak kata perempuan pun serba salah. Makhluk dua alam kot.

            Dia malas nak ambil tahu tentang kehidupan sosial Dino. Janji Dino tak usik dia dan dia
tak usik Dino. Mereka berkawan macam biasa. Dino pun tak lokek orangnya. Bila dia sesak Dino
hulur duit. Jadi dia tak mahu berkira dengan Dino. 

            “Malam ni mesti masuk tv3.”
            “Berita sensasi.”
            “Ko adjustlah satu model kat agensi tu pada aku, nok.”

            Borhan pun seperti Haris. 

            “Tak payah. Semua tu calon neraka.”
            “Abis ko calon apa?”

            Dino tersengih.

            “Aku? Aku calon di tengah-tengah.”
            “Hotak ko!”

            Borhan hempuk suratkhabar pada kepala Dino. Dino ni makin loyar buruk pulak.
                       

GINA menggigit. Siapa agaknya yang membunuh Julia? Julia mati dengan dahsyat. Masakan Nureen yang bunuh Julia. Tidak masuk diakal pula. Dino? Tak mungkin si sotong itu. Mulut Dino laser berapi tetapi bukan jenis mencederakan orang. 

            Pening kepala Gina memikirkannya. Dia hanya memberitahu kepada pihak polis apa yang dia tahu. Selebihnya bergantung pada siasatan pihak polis. Tiada cap jari atau apa-apa bukti yang tinggalkan oleh pembunuh kecuali foto ngeri. 

            “Gina…”
            “Haris?”
            “Aku tumpang simpati atas kematian Julia, teman baik kau tu.” Haris menepuk bahu gina.
            “I pun tak sangka jadi begini.” Sedih wajah Gina.
            “Ju tu ada musuh ke?”
            “I don’t knowlah.” Gina jungkit bahu.
            “Siapalah yang bunuh dia?” Haris usap  dagu. Pembunuh bersiri agaknya. Jarang dengar pula dekat Malaysia ni ada pembunuh bersiri.
            “Elok benar pompuan tu mati.” Dino yang entah dari mana mencelah. 

          Gina kurang senang dengan kata-kata Dino. Orang dah mati patut bersimpati. Dia boleh ketawa sinis. Apa jenis manusialah Dino ni? Tak suka pun  tak perlu over acting sangat.

            “Kurang ajar mulut you!” Marah Gina.
            “Dino! Tak baiklah ko.” Haris juga di sebelah pihak Gina. 

            Dino menjuih bibir. Tak suka betul bila Haris rapat-rapat dengan pompuan model ni. Dalam diam Dino ada hati dengan Haris. Jurufoto baru Cyhtia Agency tu kacak orangnya. Sekali pandang macam pelakon kacak Nazim Othman. Bukan saja Dino yang tergoda malah model-model di sini.

        “But…. I lega sangat-sangat pompuan gedik tu mati. Hilang sorang pompuan yang menyusahkan I.” Dino berlalu dengan lenggoknya.

            Gina mengetap bibir. 

            “Entah-entah Dino yang kill Julia.”
            “Tak mungkinlah. Dino lepak dengan I malam tadi. Kami tengok race motor.”

            Gina pening. Siapa lagi yang benci Julia selain Nureen dan Dino. Siapa lagi musuh Julia. Mungkin orang yang selalu buat panggilan pada Julia? Stalker!

            “Haris…” Seorang model menghampiri.
            “Ya, Rita.” Orang handsome macma Haris mestilah popular. Gina geleng kepala. Dia berikan isyarat kepada Haris untuk beredar. Gina tahu yang Haris melayan tetapi tak serius untuk berkasih-kasih. Itu sikap yang Gina suka.

            “Haris… cepatlah take my photoI.” Rita merenggek manja.
            “I off duty today. Micheal yang akan take your picture.”  Dia juga perlukan rehat. Masakan asyik muka dia bekerja 24 jam di studio. Ada ramai lagi jurufoto yang yang professional.
            “So? Why you datang sini?”
            “Itu bukan urusan you.”

            Haris berlalu. Rita hentak kaki. Haris langsung tak pandang dia. Dia tahu yang Haris ada hati pada Julia tapi Julia tu dah mati! Dalam banyak-banyak model, Julia tu yang Haris berkenan. Perempuan yang banyak gossip sana-sini. Perampas laki orang.

            Haris menarik nafas lega. Rimaslah kena keliling dengan model-model gedik seperti Rita. Yang dia berkenan tak layan dan tak sempat untuk hulur salam perkenalan.

            “Haris!” Micheal memanggil
            “Rita buat hal ke?”

            “Takderlah. Ini untuk you, bro.” Micheal menyerahkan satu bungkusan kepada Haris.
“Hari ni sampai. Ada secret admire ke? Selalu kau dapat hadiah.”
            Haris tersengih.

            “Kau ingat, model je ada peminat?” Terjongket sebelah kening Haris.
            “Tapi, hati-hati bro. Secret admire pun ada yang tak betul.” Micheal mengingatkan.

            Haris sekadar tersenyum. Dia pun tidak ambil pusing sangat hal ‘secret admire’ nya ini. Tak pernah balas apa-apa hadiah yang diberikan. Bukannya ada alamat pengirim. Barang-barang pemberian ‘secret admire’ itu pun dia sekadar simpan saja di rumah. Apa pula pemberian ‘secret admire’ nya  hari ini. Bunga pun dia banyak kali dapat. Jangan ‘secret admire’ tu lelaki sudah. Muntah hijau dia!     

No comments:

Post a Comment