Followers

Wednesday, February 5, 2014

Darah_(Bab2)

Plot 2

ERY menanggalkan jaket kulitnya. Malam ni stay alone. Yaya pula tak nak teman. Dia anak jantan nak takut apa. Budak satu sewa tak der. Dia duduk berdua aje dengan salah seorang rakan sekelasnya. Malas nak menyewa ramai-ramai sangat. Pasal duit no hal. Papa dan Mama orang kaya. Minta saja kasi. Mudah bukan?
            Ery bersandar pada sofa. Dia kerling jam dinding. Pukul 3.00 pagi. Esok ada kelas tapi dia mahu ponteng. Badan penatlah. Otak tak berfungsi pun nak menghadap kuliah. Tak lulus pun dia masih boleh bekerja dengan papa. 

Darah _ Cerita 1 (Bab 1)

Plot 1

“AKU dengar citer dalam banglo ini milik seorang pembunuh bersiri. Aku dengar lagi yang roh pembunuh bersiri tu ada di sini. Orang yang lalu-lalang berdekatan banglo ini selalu nampak kelibat orang di banglo ni.” Beria-ia Harry bercerita.
            Yaya, Muiz, Hanna, Lian, Ian dan Ery hanya mendengar. Lian dan Ian kembar sepasang. Mereka tidak ambil serius dengan cerita bodoh Udin itu. Bagi mereka orang sudah mati mana boleh bangkit balik. Dah mati, mati la.

            “Pembunuh bersiri mati ditembak polis kat sini.” Harry membawa ke enam-enam kawan masuk ke dalam satu bilik. Bilik itu sudah bersawang sana-sini dan baunya kurang menyenangkan.

Stalker_S4


SEORANG lagi model dibunuh? Khalil pula menghilangkan diri setelah kejadian tersebut. Tiada sesiapa yang tahu Khalil berada. Haris yakin yang Khalil bukan pembunuhnya. Ikut pada firasat. Dua orang model jelita Cyhtia Agency sudah mati. Mula-mula Julia. Kini, mangsa baru Nureen. Kedua-dua model itu saling bermusuhan. Semua orang tahu. Sangkaan Nureen yang merancang pembunuhan Julia adalah meleset sama sekali. Giliran siapa agaknya selepas ini? Haris mengusap dagu.

            Gina ada memberitahu yang pembunuh mengambil foto-foto mangsanya. Mungkin pembunuh itu ada seorang jurufoto sepertinya? Boleh jadi juga? Ah, serahkan saja kes itu kepada polis. Pihak polis yang bertanggungjawab untuk menyiasat dan mencari pembunuh. Dia hanya  Haris memeriksa keadaan kameranya. Dia menarik nafas panjang. Dia hanya jurufoto makan gaji.

Stalker_S3


NUREEN ketawa puas hati. Padan muka dengan perempuan tak sedar diri tu. Mampus jugak! Ada hati mahu rampas laki dia. Sedarlah diri sikit! Jantan punya banyak dalam dunia ini, laki dia juga yang dipikat. Baguslah ada orang yang bunuh perempuan tu! Tak perlu dia upah orang buat kerja kotor.

            Nureen menghempaskan tubuhnya atas tilam. Sekarang, Khalil adalah miliknya seorang. Dia tak perlu berebut dengan perempuan tu lagi. Si Khalil ni pula entah ke mana lesapnya. Perempuan tu dah mati tak perlu ditangisi lagi. Antara dia dan Julia, dia akui Julia lebih cantik dan muda dari dia. Body pun solid dan cun! Biasalah manusia. Bila ada yang baru maka yang lama akan dilupakan. Nureen juga bakal menamatkan kontrak dengan Cythia Agency.