Followers

Wednesday, February 5, 2014

Stalker_S4


SEORANG lagi model dibunuh? Khalil pula menghilangkan diri setelah kejadian tersebut. Tiada sesiapa yang tahu Khalil berada. Haris yakin yang Khalil bukan pembunuhnya. Ikut pada firasat. Dua orang model jelita Cyhtia Agency sudah mati. Mula-mula Julia. Kini, mangsa baru Nureen. Kedua-dua model itu saling bermusuhan. Semua orang tahu. Sangkaan Nureen yang merancang pembunuhan Julia adalah meleset sama sekali. Giliran siapa agaknya selepas ini? Haris mengusap dagu.

            Gina ada memberitahu yang pembunuh mengambil foto-foto mangsanya. Mungkin pembunuh itu ada seorang jurufoto sepertinya? Boleh jadi juga? Ah, serahkan saja kes itu kepada polis. Pihak polis yang bertanggungjawab untuk menyiasat dan mencari pembunuh. Dia hanya  Haris memeriksa keadaan kameranya. Dia menarik nafas panjang. Dia hanya jurufoto makan gaji.



            “Air untuk kau!” Dino menghulurkan mug kepada Haris.

            “Terima kasih. Baik pula kau hari ni?”

           “Aku kesian tengok kau ke hulur hilir usung kamera. Pompuan-pompuan ni bukannya tahu kau penat. Menyusahkan betul.” Dino marah dengan lenggok tangannya sekali.


            Haris ketawa kecil.


            “Dah kerja aku.”

         “Pompuan-pompuan gedik tu, kau jangan layan sangat. Kau hensem sebab tu mereka ngada-ngada lebih.” Dino pula lebih-lebih marahnya.

            “Kau jealous?”

            “Adalah sikit.”


           Dino lebih berterus-terang. Haris tahu yang Dino sukakan dia tapi masakan dia mahu berkasihan dengan species macam Dino. Minta dijauhkan. Geli anak tekak dia. 


            “Air ni, kau tak jampi kan?”

          “Tak kuasa aku nak main jampi-jampi, nok.” Jumpa bomoh buat habiskan duit saja. Bomoh banyak yang penipu.

            “Manalah tahu.”


            Haris tersengih.

            


GINA gigit ibu jari. Siapa pula yang memberikan bunga ros ini? Dia membelek-belek bunga tersebut. Hanya ada kad kosong yang disertakan tanpa nama pengirim. Julia juga pernah menerima bunga begini. Begitu juga dengan Nureen? Adakah dia mangsa seterusnya? Gina tidak tentu arah. Awal-awal dia sudah menukar nombor telefonnya. Mungkin salah seorang staf dalam Chythia Agency ini adalah pembunuh. Gerak-geri model-model sepertinya diintip. 


            “Gina,” Terasa bahunya ditepuk. 


            Jantung Gina berdengup kencang. 


            “Er…. Haris…” Gina agak gugup.

            “Pucat semacam you. Kenapa ni?”

            “I tak apa-apa.”

            “Cantik bunga. Pakwe kasi ke?”


            Gina angguk. 


            “Ha’ah, pakwe I yang kasi.”

            Gina cuba tersenyum manis.


            “Wow,  I dapat bunga!” suara Rita memecahkan suasana.


      Rita heboh satu studio. Siap tayang lagi bunga mawar merahnya itu kepada teman-teman seangkatan.

            Dino mencebik. Baru dapat bunga minah tu sudah kecoh. Setakat bunga tu taklah dia herankan sangat. Dia pun ada tanam bunga di rumah sewanya. 


            “Siapa kasi?” saja Gina menyampuk dalam kelompok Rita.

            “I tak tahu. maybe secret admire I.”

            Rita menunjukkan kad yang diterima. Hanya ada tertulis nama Rita di situ.

            “Be careful.” Gina memberikan pesanan.


           Rita kerut dahi. Tidak dia senangi dengan kata-kata Gina tu. Barangkali Gina jealous. Dia ada dengar ura-ura mengatakan Gina sudah breakout dengan boyfriendnya. 


            Gina mencebik.

            “Ada orang jelaous dengan I.”


            Ini bukan soal jealous atau tidak. Gina takut Rita akan menerima nasib yang sama seperti Julia dan Nureen. Dia sekadar mahu Rita berjaga-jaga. Pihak polis pun masih tidak punya apa-apa lagi clue untuk menangkap si pembunuh. 


            “Terpulang pada you. I harap you tak menerima nasib yang sama seperti Julia dan

Nureen.” Gina berlalu.


            Wajah Rita cemberut. 


        “Pedulikan kata Gina tu. Dia dengki pada you. Dia kan dah tak berapa nak laku sangat.” Teman-teman Rita mula menghasut. Pelbagai cerita dijaja tentang Gina. Gina agak kurang menyerlah berbanding Julia dan Nureen.

            Lantaklah apa gossip yang dikatakan tentang dia. Gina sudah lali. Gossip ni selalunya cerita yang ditokok tambah. Janji dia tak kacau hidup orang. 


            “You pun dapat bunga, nok?” Tiba-tiba saja Dino menyapa.

            “Boyfriend I yang hantar.” Gina membalas laju.

            “Iya ke? Setahu I you dah break kan?”


            Mana Dino dapat tahu ni? Gina menepuk dahi. Dia lupa yang teman serumah Dino, bestfriend Faiz.


            “That’s not your problem.”

           “I kesian tengok you. Bercinta bagai nak rak tapi boyfriend tikam dari belakang.” Dino sengaja ketawakan Gina


          Gina ketap bibir. Sabar sajalah. Kalau dilayan makin menjadi-jadi perangai poyo Dino. Bukanya sehari dua dia kenal Dino. 


            “You fikir Faiz seorang saja boyfriend I?”


            Reaksi Dino berubah.


           “Boleh tahan juga you ni. I ingatkan model yang tak tip top ni takder jantan yang nak. You pun 2x5 dengan Faiz tu.” 


            Dino ni memang kerja suka memerli dan cari gaduh.


            “Ikut suka hati you nak kata apa pada I. Mulut you bukannya I boleh tampal dengan plaster pun.” Gina lebih suka mengalah dari bertikam lidah dengan Dino. Bazir air liur.


            Gina melintasi Dino. 


            Dino mencebik. Haris yang melihat sekadar menggeleng kepala. Dino memang suka cari pasal dengan model-model di sini. Mulut pun tak berinsurans ikut suka hati dia cakap lepas. Bukannya pemilik Chythia Agency tak pernah kasi warning dengan Dino. Kata orang masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

No comments:

Post a Comment