Followers

Wednesday, February 5, 2014

Darah_(Bab2)

Plot 2

ERY menanggalkan jaket kulitnya. Malam ni stay alone. Yaya pula tak nak teman. Dia anak jantan nak takut apa. Budak satu sewa tak der. Dia duduk berdua aje dengan salah seorang rakan sekelasnya. Malas nak menyewa ramai-ramai sangat. Pasal duit no hal. Papa dan Mama orang kaya. Minta saja kasi. Mudah bukan?
            Ery bersandar pada sofa. Dia kerling jam dinding. Pukul 3.00 pagi. Esok ada kelas tapi dia mahu ponteng. Badan penatlah. Otak tak berfungsi pun nak menghadap kuliah. Tak lulus pun dia masih boleh bekerja dengan papa. 


            Prang! Ery dengar bunyi gelas jatuh atas lantai. Dia malas nak angkat punggung menjenguk dapur. Lantaklah. Esok saja dia bersihkan. Ini mesti kucing jiran sebelah yang mencuri masuk.
            Ery masuk bilik. Baik tidur buat taik mata. Dia tanggalkan baju t-shirtnya lalu berbaring di atas tilam. Tiada yang menarik aktiviti yang dilakukan malam ini. Main game hantu pun separuh jalan. Baru lilin terpadam dan bunyi orang berjalan rakan-rakannya sudah gelabah cabut lari. Dia tak pernah nampak hantu jadi teringin dia nak menengok hantu. Ada ke hantu tu seperti yang ditayang dalam TV ke? Baru sedap baring-baring telefon bimbitnya berbunyi.

“Helo …”
“Malaun betul ko. Tipon masa aku nak tido!” marah Ery.
“Sori bro. Hahahaha… menjadi tak jadi aku punya keseraman?”
“Puii! Setakat bunyi tapak kasut ko kata seram. Ko patut buat lagi seram.”
“Itu pun aku tengok rakan-rakan ko dah cabut lari. Penakut betullah.”
“Hahahaha… orang percaya ada hantu memang kecut.”
Dia yang minta rakannya itu menakut-nakutkan gengnya tadi.
“Tak sempat si Lydia nak kuar jadi hantu. Penat dia make up bagai.”
“Tak per. Dia orang kata nak main game tu lagi. Ko buat lagi gempak tau.”
“Orait, boss!”
Ery meletakkan telefon. Seronok tengok wajah cuak rakan-rakannya tadi.
            Tok! tok! tok!

            Ery terdengar bunyi ketukan di pintu biliknya. Siapa pula? Masakan budak Agus itu
sudah balik. Pelik pula. Tiada bunyi enjin motorsikal besar Agus. Ery bangun. Dia pulas
tombol pintu. Tiada sesiapa. Suasana hening dan sepi. Lampu terpadam.
            Shit! Sial! Bayar elektrik bulan-bulan pun servis macam cikai. Meraba Ery cari lampu suluh. Nasib baik dapat jumpa. Dia pasang lilin. Hari ni sudahlah panas. Tidur tidak berair-cond pula. Kipas dengan paperlah jawabnya. Mulut Ery tak henti-henti membebel. Kalau kerap berulang macam ni, dia akan cari rumah sewa baru.
            Tak lama kemudian letrik okey balik. Lampu terpasang semula. Ery tarik nafas lega. Kus! Semangat! Ery mengurut dada. Sekejap saja, kemudian lampu terpadam semula. Ery mula mencarut bagai. Dia pasang lampu suluh dan dia nampak sepasang mata merah.

            “Kau?”
            Benda tu pantas menerkam ke arahnya.        


ESOK paginya, Yaya jatuh pengsan melihat mayat Ery dirobek kat perut atas katil. Darah merata-rata tempat. Ngeri! Hanna muntah segala isi dalam perut. Harry ketar lutut. Sahih! Hantu pembunuh bersiri sudah bunuh Ery. Lian telefon polis. Sampai di rumah sewa Ery, mereka lihat pintu tidak berkunci. Yaya panggil-panggil Ery. Yaya lihat ada darah mengalir dari bilik Ery. Dia tak sedap hati. Dia panggil Harry. Harry pulas tombol pintu. Ery sudah terbaring kaku atas katilnya.
            Hanna memeluk erat tubuh Yaya. Tersedu-sedu Yaya menangis melihat buah hatinya mati ngeri begitu. Mama Ery meraung-raung dalam pangkuan papa Ery. Anak hanya ada seorang. Harry kata kerja hantu. Mereka dah seru hantu pembunuh bersiri tu.  Pihak polis pun tak percaya kata-kata dia.  Muiz dan Ian masih steady. Mereka tak syak ini kerja hantu. Malam tadi tiada apa-apa perkara pelik yang berlaku pun selain api lilin terpadam dan bunyi derapan tapak kasut orang berjalan.    

            “Aku tak tipu geng. Aku nampak benda tu belakang Ery malam tu.” Harry bersungguh-sungguh.
            Muiz sekeh kepala Harry. Kawannya itu merapu benda yang tak dek akallah. Selama dia hidup, tak pernah dia dengar hantu bunuh orang. Orang yang bunuh orang ada.
            “Kami tak nampak apa-apa pun.”
            “Aku nampak geng. Mata aku tak silap.”
            “Mata ko tak silap, yang silap cermin mata ko tu!” Muiz tenyeh dahi Harry dengan jari telunjuk.

            Harry garu kepala. Tapi dia yakin yang dia nampak benda tu. Mata merah. 

            “Udahlah gaduh tu. Korang tak tengok Yaya sedang sedih ni.” tengking Hanna.
            “Ko dah contact Lian?” Muiz halakan pandangan mata pada Ian adik kembar Lian.
            “Kakak wa dekat kolej. Ko pun tahu dia mana ponteng kelas macam kita.”
            “Ko bagi tau kat dia nanti.”

            Ian angguk.

           Mayat Ery diangkat masuk ke ambulans untuk di bawa ke hospital bagi proses bedah siasat. Kedua-dua orang tua Ery mengikut polis. 

            “Ada ke manusia robek perut macam tu?” Harry yang tadi senyap bersuara lagi.
            “Tentulah ada. Orang gila yang akan buat macam tu.” Muiz makin geram dengan Harry. Tak habis-habis dengan cerita tak logiknya itu.
            Harry ketap bibir. Dia percaya yang Ery mati dibunuh oleh makhluk lain. Bukan manusia yang bunuh Ery.
           
           
“Thanks bagi tau.” Lian menutup telefon.
            “Apa kes ni. Muka cuak semacam.” tegur Lydia.
            “Ery mati.”
            “What?”
            “You jangan bergurau?”
            “Tak percaya you ikut I.”

            Lydia menuruti langkah Lian. Dia sempat menghantar mesej pada Mat Pit. Siang semalam elok-elok mereka borak plan kenakan geng Ery. Hari ini Ery mati. Macam tak percaya pun ada. Siapa pula yang bunuh Ery?


Mereka bertemu di tempat biasa. Yaya masih tidak habis-habis lagi dengan sendunya. Naik rimas pula Muiz melihatnya. Hanna pun sudah letih memujuk Yaya. Orang sudah mati, nak buat macma mana lagi. Bukannya boleh dihidupakan semula. Patah hilang, tumbuh berganti. Yaya boleh cari boyfriend baru. 

            “I macam tak percaya Ery dah mati.”  Lydia jadi tak sedap hati mendengar cerita dari rakan-rakannya itu.
            “Korang ada tahu tak Ery ni bermusuh dengan siapa?” tanya Muiz.

            Semua jungkit bahu.

            “Mana Mat Pit?”
            Harry sedari yang grup mereka tidak cukup lagi seorang.
            “Mat Pit demam. Aku ada call dia tadi.” Lydia menjawab.
            “Entah-entah salah seorang dari kita dirasuk dan bunuh Ery.” Hantu kan boleh rasuk orang.
            Muiz sekeh kepala Harry. Harry masih lagi membuat andaian mengarutnya.
            “Boleh jadi juga.” Lian seakan sependapat dengan Harry. Mereka main ‘benda’ tu pun separuh jalan.
            “Tak mungkin.” Muiz geleng kepala. Dia bukan jenis percaya cerita karut-marut ni. Polis sudah klafikasikan sebagai kes bunuh. 

            “Kalau salah seorang dari kita yang bunuh Ery, apa motifnya?” Ian pula menyoal.
            “Aku dah cakapkan motif tu tiada tapi kena rasuk dengan hantu pembunuh di banglo tu.” Harry masih mempertahankan firasatnya.
            “Aku dah cakap takder hantu. Ko ni masih nak sebut tentang firasat tu, apa hal.” Muiz menarik kolar t-shirt Harry. “malam ni kita cari hantu pembunuh tu di sana. Ada berani? Aku nak tengok sangat hantu wujud atau tidak?”
            Harry menelan air liur.

No comments:

Post a Comment