Followers

Monday, December 27, 2010

KISAH 1_TETAMU MALAM -BAB 1

“SYED! You tak balik lagi?” tegur Umar teman sekerjanya. Syed hanya tersenyum.
            “Aku perlu siapkan rekaan aku hari ini juga. Kau macam tidak kenal dengan Puan Sofiya. Dia agak cerewet memilih memilih rekaan untuk bilik tidurnya.”
            “Dia minta tukar lagi ke?”
            Syed anggukkan kepalanya. Kebelakangan ini dia sering pulang lewat malam dari pejabat. Dia tidak suka membawa kerja dari pejabat ke rumah.
            “Klien mestilah kena jaga.”
            “Sekali-sekala kau kena tegas juga dengan klien kita. Kesihatan kena jaga. Aku tengok kebelakangan ini kau kuat bekerja.” Umar menepuk-nepuk bahu teman sekerjanya itu. “Aku balik dulu.”
            “Okay! Kita jumpa esok.”
            “Berhati-hati. Jangan sampai kau jumpa hantu malam ini.” sempat Umar mengusik Syed sebelum menghilang di balik pintu.
            Syed gelengkan kepala seraya tersenyum kecil.  Dia kembali menghadap komputer depan matanya itu. Adakalanya dia risau juga dengan adik perempuannya di rumah. Dia pulang lewat malam. Dia sebagai seorang abang harus menjaga keselamatan adiknya itu. Amanah dari arwah ibu masih segar dalam ingatan Syed.
Syed menarik nafas lega sebaik sahaja melihat kertas lukisan di hadapan matanya itu telah siap dilakarkan. Dia yakin kliennya pasti akan berpuas hati dengan rekaan kali ini. Bukan senang mahu menangani kerenah klien yang cerewet. Syed menutup komputer berjenama Apple itu. Dia mengemaskan barang-barangnya ke dalam beg galas.
Sunyi sepi di kawasan tempat letak kereta itu. Tiada kereta lain di situ melainkan keretanya dan sebuah kereta Volkswagen berwarna merah. Syed mengerutkan dahi. Dia tidak pernah pula melihat Volkswagen berwarna merah itu sejak dia bekerja di sini.
Bunyi tapak kasut orang berlari di tempat letak itu mengejutkan Syed. Seorang gadis ayu termengah-mengah berlari menyorok di belakang Syed. Syed tersentak. Siapa pula gadis ayu ini?
“Tolong Encik! Ada sekumpulan lelaki mengejar saya.” suara gadis itu separa merayu. Ada bunyi esakkan tangisan dibelakangnya.
Syed berpaling. Dia lihat ada koyakkan pada bahu baju gadis terbabit. Dia buka baju sejuknya lalu disarungkan pada tubuh gadis itu.
“Seorang gadis tidak manis keluar malam-malam begini. Mari saya hantarkan kamu balik.”
“Tapi…bagaimana dengan kereta saya?” Gadis itu melirik pada kereta Volkswagen berwarna merah itu.
“Itu kereta kamu?” soal Syed. Gadis itu anggukkan kepalanya. Syed diam sejenak sambil mengusap-usapkan dagunya. Dia rasa tidak sedap namun memikirkan keadaan gadis itu, dia buangkan segala prasangkanya.
“Kalau begitu esok saja saya ambil kereta saya. Tapi…saya takut mahu pulang ke rumah dalam keadaan saja begini. Boleh saya menumpang di rumah awak malam in?” Gadis itu bersuara.
“Ermmm…baiklah.” Tanpa rasa ragu-ragu, Syed membawa gadis itu masuk ke dalam ke dalam keretanya. Gen 2 berwarna maroon itu bergerak meninggalkan kawasan tempat letak kereta tersebut.

SYED memerhatikan gadis di sebelahnya itu dengan ekor mata. Gadis itu ayu dan dia memiliki sepasang masata yang jernih. Tapi apa yang dibuat pada lewat malam begini di luar seorang diri? Dia tidak nampak pula lelaki yang mengejar gadis itu tadi. Ada juga timbul kemusykilan di hari Syed. 
            “Awak tinggal dengan siapa?” suara lunak gadis itu memecah kesunyian.
            “Saya ada adik perempuan. Sejak mak dan ayah saya tiada, kami hanya tinggal dua-beradik sahaja.” jelas Syed.
            “Begitu…” Senyuman manis masih tidak lekang dari bibir comel gadis itu. “Nama saya Daliana. Nama awak?”
            “Saya Syed Fairuz.”
            “Anak keturunan Syed rupanya. Awak ni boleh tahan kacaknya ya.” Gadis itu tampak seorang yang ceria. Tanpa diduga dia memaut jemari kasar Syed. Syed meretap perlahan. Raut wajahnya berubah. Tangan gadis bernama Daliana itu sejuk sekali seperti ketulan ais.
            Daliana ketawa kecil melihat gelagat Syed. Syed seperti seorang lelaki yang baik-baik.
Kereta yang dipandu oleh Syed masuk ke pengarangan rumah teres dua tingkat itu. Syed mengerling jam tangannya. Pukul tiga pagi. Dia mengeluh kecil. Pasti adiknya Amelia sudah beradu di atas tilam empuknya. Ruang  tamu rumahnya gelap-gelita. Syed mengeluarkan kunci rumah dari poket seluarnya. Dia mempersilakan Daliana masuk setelah membuka pintu dan menyalakan lampu di ruang tamu itu.
            “Sekejap ya. Saya panggil adik saya.” Syed meluru naik ke tingkat atas.
            Pintu bilik adiknya diketuk bertalu-talu. Syed tersenyum melihat adiknya yang kini terpacak di muka pintu. Gadis itu menggosok-gosokkan matanya. Wajahnya mencuka.
            “Abang ni! Kacau Lia nak tidurlah.” gerutunya.
            “Abang ada bawa tetamu malam ini. Perempuan…”
            “Bila pula abang pandai bawa perempuan balik rumah ni?” Amelia mencebik. Syed mengusap-usap rambut panjang Amelia yang serabai itu.
            “Abang hanya menolong dia saja. Dia mahu menumpang di rumah kita hanya satu malam. Lagipun kesian tengok dia.”
            “Okay-okay.” Amelia membuntuti Syed. Dia tersentak melihat gadis yang sedang duduk di atas sofa ruang tamu mereka. Amelia seakan pernah melihat wajah gadis itu.
            Daliana melemparkan senyuman manis pada Amelia. Amelia membalas. Entah mengapa dia merasa bulu romanya meremang apabila melihat senyuman Daliana itu. Dia merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena. Amelia mengalih pandang pada abangnya. Abangnya itu tampak biasa dan tidak merasa apa-apa yang pelik pada gadis terbabit.
            “Daliana….kenalkan ini adik saya Amelia.”
            “Maaf kerana mengganggu malam-malam begini.”
            “Tidak mengapa.” Amelia sedaya mungkin memaniskan muka. “Duduklah dulu. Saya siapkan bilik untuk awak.” Amelia bingkas naik semula ke tingkat atas.
            Amelia mengintai di balik dinding. Entah mengapa dia tetap merasa tidak sedap hati dengan tetamu abangnya itu. Amelia tersentak apabila Daliana mengalihkan pandangan ke arahnya. Renungan mata tajam Daliana sunguh menakutkan. Amelia segera berpaling. Siapakah Daliana itu? Amelia menelan air liur.
            Secawan kopi panas di letakkan atas meja tamu itu. Amelia tidak berani untuk menatap wajah Daliana. Reaksinya diperhatikan oleh Syed. Syed menarik lengan Amelia menuju ke ruang dapur.
            “Lia…kenapa ni. Abang lihat Lia macam takut-takut saja.”
            “Abang…Lia rasa tak sedap hatilah. Daliana tu lain macam aje. Lia rasalah kan dia…dia itu…” Amelia mencurahkan kegusaran di hatinya.
            “Apa Lia merepek ni. Abang tengok Daliana biasa aje. Tiada apa-apa pun yang mencurigakan. Lagipun dia dalam kesusahan. Jangan fikir yang bukan-bukan.” Syed mengetuk perlahan kepala adiknya.
            “Tapi abang…”
“Sudah-sudah. Jangan mengarut lagi.” Potong Syed. Sekali lagi dia mengetuk kepala Amelia dengan buku lima. Amelia mengetap bibir. Syed berpaling bila terasa bahu disentuh lembut.
“Apa yang dibincangkan itu?” Daliana muncul mengejut di hadapan mereka. Syed mengurut dada.
Amelia dikerling dengan ekor mata. Dia mula merapati Syed dan Amelia.
“Tiada apa-apa.” balas Syed lembut.
“Boleh saya ambil segelas air kosong.” pinta Daliana.
“Silakan.”
Daliana melintasi Amelia. “Aku tahu kau sudah tahu siapa aku kan.” ujarnya perlahan.
Amelia tersentap.

Sunday, August 8, 2010

Reunion_1

Sehari sebelum itu….

“WOI! Apa ni ambik air aku!’ desis Jaimy. Dia rampas tin coca-cola itu dari tangan Rosli. Rosli ketawa mengekeh. Rosli jenis yang suka mengusik dan menyakat teman-temannya. Suka betul dia tengok Jaimy yang kuat meradang itu. Lain pula dengan Ezan. Ezan kurang bercakap dan suka menyendiri sambil membaca buku undang-undangnya. Bakal lawyer katakan. Ezan juga jenis yang kurang bergaul mesra.

“Boleh tak kau orang diam sikit. Aku tengah bingai (pening) ni nak hafal benda alah dalam buku ni.” gerutu Vee. Gadis itu mengaru-garukan kepalanya. Bila nak final exam beginilah keadaannya. Baru sibuk nak menghadap buku! Jika tidak asal malam saja keluar pergi clubbing. Buku entah ke mana!

“Buat apa nak pening kepala Vee! Kau bukannya pandai mana pun. Asal cukup-cukup makan lulus sudah!” Rosli merampas buku yang sedang dibaca Vee. Menyeringai gadis itu. Dia ketuk kepala Rosli dengan bukunya yang lagi satu. Padan muka!

“Kau ni makin ganaslah Vee. Aku gurau sikit kau dah angin.” Rosli mengusap-usap kepalanya yang sakit dihentak dengan buku Vee.

“Gurau tak kena tempat!” Vee memalingkan muka. Linda yang duduk di sebelah ketawa kecil. Gelagat teman-temannya itu sering mencuitkan hati.

“Pasangan kekasih yang ideal dah sampai!” laung Rosli. Jari telunjuknya dihalakan ke arah Zaril yang berjalan beriringan dengan Emi. Mereka memang pasangan yang secocok. Sama cantik dan sama padan.

Ezan sekadar mengerling. Kemesraan Emi dengan Zaril menyakitkan matanya. Dia bingkas bangun. Namun Jaimy menarik lengan Ezan. Jaimy tersengih. Dia tahu Ezan cemburu lihat perhubungan Zaril dan Emi. Emi kan bekas kekasih Ezan. Mereka berpisah pun sebab Emi tidak tahan dengan sikap sambil lewa Ezan. Ezan lebih pentingkan buku undang-undangnya dari Emi. Zaril yang sering menemani Emi bila gadis itu kesunyian. Biasalah lama-lama cinta Emi beralih arah kepada Zaril. Mujur saja Ezan tidak menumbuk Zaril waktu itu.

“Kau asyik nak melarikan diri saja bila tengok muka aku dengan Emi. Kau masih marahkan aku ke Ezan?” soal Zaril lembut. Dia tidak mahu persahabatan mereka kerana masalah peribadi ini.

“Aku busy on the time. Kau pun tahu aku tak failed for my last exam ni.” Ezan angkat kepala merenung wajah segak Zaril. Kalau nak kata dia marah kerana Zaril sudah merampas Emi tentu saja memang dia marah. Tapi benda dah jadi. Silap dia kerana mengabaikan perasaan gadis kesayangannya itu.

“Encik Ezan…Encik Ezan…” Ada tangan mengapai-gapai di hadapan wajahnya. Terkebil-kebil Ezan. Dia tersengih. Dalam sibuk bekerja dia masih boleh mengelamun kenangan lama di kolej dahulu.

“Awak sudah taipkan laporan yang saya minta itu Nana?” soal Ezan lembut. Dia melonggarkan tali lehernya. Rimas pula!

“Sudah Encik Ezan. Ini laporan yang encik minta itu.” Nana menyerahkan failnya kepada Ezan.

“Thanks.”

“Ohhh! Hampir saya terlupa. Ada kad jemputan untuk Encik Ezan.” Nana menyerahkan kad bersampul putih itu kepada Ezan.

“Thanks.” ucap Ezan sekali lagi. Nana melangkah keluar. Sempat juga anak gadis itu mengenyitkan sebelah mata kepadanya. Ezan ketawa kecil.

Ezan membelek-belek kad jemputan yang bersampul putih itu. Siapa pulak yang kahwin ya. Zaril dan Emi ke? Agak lama dia tidak berhubung dengan Zaril. Kesibukkan kerja yang tidak mengenal masa menghadkan aktiviti sosialnya. Ezan membuka sampul kad berkenaan. Dahinya berkerut. Kad ‘Reunion’! Ezan membelek-belek lagi kad tersebut. Tiada nama pengirim dinyatakan. Hanya ada nama dia, Zaril, Emi, Jaimy, Linda, Vee dan Rosli di situ. Mungkin salah seorang dari mereka yang menghantar kad ‘Reunion’ ini. Sebelum berpisah dulu mereka memang ada berjanji untuk bertemu semula. Tapi Ezan tidaklah mengambil berat akan hal tersebut. Perkara yang leceh bagi dia. Ezan mengeluh panjang. Mungkin kad ‘Reunion’ ini kerja Rosli. Antara mereka Roslilah yang paling beria-ia mengadakan ‘Reunion’. Mungkin ini adalah kerja Rosli.

Bunyi gentaran telefon bimbit di atas mejanya itu mengejutkan Ezan. Ezan mengurutkan dada. Nama uminya tertera pada skrin telefon. Ezan melekapkan telefon bimbitnya pada telinga. Baru nak mengucapkan salam dia sudah kena sembur dengan umi. Ezan menghela keluhan panjang. Terpaksalah dia dengar bebelan umi di talian.

EMI memintal-mintalkan rambut ikalnya yang melepasi bahu itu. Bibirnya tidak henti-henti mengulum senyuman. Hampir dua jam dia bergayut di talian bersama Zaril. Bunti ketukkan pintu di luar pejabatnya mengganggu perbualan Emi dengan Zaril. Emi mendengus kecil.

“Zaril…kita sambung nanti.” Emi menamatkan perbualan. “Masuk!!!” Dia meletakkan ganggang telefon.

Cembul pintu biliknya dipulas. Seorang pemuda dalam usia 20-an melangkah masuk.

“Cik Emi ada kad jemputan untuk awak.” ujarnya lalu menghulurkan kad bersampul putih itu kepada Emi. Emi menyambut dengan kerutan di dahi. Wajah ayu itu berubah.
Emi membelek-belek kad tersebut sebelum dia membuka sampul. Sekeping kad ‘Reunion’! Bibirnya menguntum senyuman. Lantas dia mendail semula nombor telefon buah hatinya Zaril.

“Hello sayang!” suaranya manja.

“I rasa I sudah tahu kenapa you call I semula.” Zaril di talian ketawa kecil Dia juga sedang membelek-belek kad ‘Reunion’ di tangannya.

“You sudah tahu.”

“I pun baru menerimanya sebentar tadi."

“Really!”

“Of course sayang.”

“So you akan hadir tak?”

“Of course I akan hadir. Kenapa? You takut bertemu mata dengan Ezan. Emi…semua itu sudah berlalu. I yakin Ezan tidak marah pada kita lagi.”

Emi membisu. Sejak mereka berpisah Ezan jarang sekali mahu menegur sehinggalah mereka sama-sama tamat belajar. Dia sendiri pun tidak suka persahabatan antara Ezan dan Zaril retak. Kalau boleh dia mahu bersatu semula seperti mula-mula mereka saling mengenali.

“VEE! Ada kad untuk you!” Tergesa-gesa gadis gadis molek itu merapati Vee yang sedang berposing di hadapan kamera tu. Vee terpaksa minta behenti seketika. Dia menarik tangan gadis tersebut. Vee bercekak pinggang. Cemberut wajahnya.

“Syam! You ini selalu bikin kecoh dalam fotografi I.” gerutu Vee. Dia tarik cuping telinga Syam. Gadis kecil molek itu menjerit kecil.

“Sakitlah! Ini ada kad untuk you!” Syam menggosok-gosok telinganya. Muncung panjang bibir Syam.

“Kad apa ini.” Vee merampas kad tersebut dari tangan Syam. Ada namanya tertera pada sampul kad tersebut. Vee kerut dahi. Dia membuka sampul kad tersebut.

“Wah! Kad reunionlah.” Syam memaut bahu Vee. Seronoklah dapat kad untuk perjumpaan semula kawan-kawan lama ni. Terkenang zaman persekolahan dahulu.

“Penyibuk betullah you ini.” Vee menolak muka Syam. Syam ketawa kecil. Sudah biasa dengan perangai kasar Vee. Nampak saja Vee seperti gadis yang sombong sebenarnya Vee baik hati juga. Dia sudah lama bekerja di samping Vee.

“Veeeeeeeeeeeeee!!!!!” Muka Jaimy tertonjol di muka pintu blik studio itu. Berpeluh-peluh mukanya. Dia tunjukkan kad ‘Reunion’ di tangannya. Jaimy segera merapati Vee dan Syam.

“I pun dapat.” Vee menunjukkan kadnya kepada Jaimy. Vee duduk menyilangkan kaki di atas sofa. Kad itu dilemparkan atas meja. Dia tidak berminat dengan kad ‘Reunion’ tersebut. Buang masalah nak bertemu semula dengan muka-muka yang cukup dia benci itu.

“You tak nak pergi. Tapi kitakan sudah berjanji.” Jaimy duduk merapati Vee. Kalau Vee tidak hadir maka ‘Reunion’ tersebut menjadi cacat.

“Itu janji lima tahun yang lalu.” desis Vee.

“Vee…mana ikrar persahabatan you!” Jaimy terus mendesak. Antara mereka Vee adalah yang paling degil dan keras kepala. Kalau bergaduh mesti mereka yang kena beralah dengan Vee. Jika tidak mahu Vee akan masam muka berminggu-minggu dengan mereka.

“I tak tahulah macam mana you boleh bekerja di studio ini jadi camera man. Kalau boleh I memang tidak mahu tengok you dan yang lain dah!”

“I dah kata kita ada jodoh Vee. Itu tandanya persahabatan antara kita masih kuat! Lagipun adanya I di sini I boleh tengok-tengokkan you.” Terkedip-kedip mata kuyu Jaimy merenung wajah ayu Vee. Vee mengeluh kecil. Bab pujuk-memujuk ini Jaimy memang nombor satu. Lagi-lagi kalau dia buat muka kesiannya itu.

“I pergi kerana you.” Vee memberikan kata putus. Jaimy bersorak girang.

TERSENYUM manis Linda bila melihat kad ‘Reunion’ yang diterimanya dari budak despatch tadi. Lama benar tidak bertemu mereka bertanyakan khabar. Masing-masing sibuk dengan kerjaya. Dia sendiri tidak menang tangan menguruskan syarikat milik ayahnya. Ambil jurusan medical tapi menjadi pengarah urusan. Terkubur cita-cita ingin menjadi seorang doktor perubatan. Dia tidak sanggup mengecewakan permintaan ayahnya. Inilah tanggungjawab menjadi anak yang sulung.

Linda letakkan kad tersebut di atas meja. Dia bersandar lesu pada kerusi eklusifnya. Wajah Ezan terbayang di ruang mata Linda. Apa lelaki itu sedang buat kini. Ezan saja yang terputus khabar beritanya. Ezan saja yang suka menyepi dari teman-teman yang lain. Mungkin masih rasa kecewa dengan kegagalan percintaannya dengan Emi. Dia hanya tumpang simpati. Linda membuka laci mejanya. Dia mengeluarkan kotak baldu yang berwarna merah dari laci terbabit. Ada sebentuk kerongsang berbentuk angsa di dalamnya. Itulah hadiah pertama dari Ezan sempena ulang tahun kelahirannya. Kerongsang itu tidak pernag terlekat di baju Linda. Dia tidak memakainya kerna tidak mahukan keronngsang itu rosak.

“Happy anak daddy hari ini.”

Tersentak Linda. Segera dia menyimpan semula kerongsang itu ke dalam kotaknya. Bila masa pula ayahnya terpacak depan pintu. Merah menyala muka dia.

“Daddy….bila daddy sampai?” gugup sedikit suara Linda.

“Baru sekejap tadi. Saja daddy mahu melihat anak gadis di sini.”

Linda bingkas bangun dari kerusi duduknya. Dia memaut lembut lengan si ayah. Sememangnya anak yang manja. Sikapnya yang Lemah-lembut itu amat disenangi semua orang di sekelilinginya. Tidak hairanlah dia digilai pelajar-pelajar lelaki di kolej dahulu.

“Tak perlulah nak main sembunyi-sembunyi dengan daddy. Daddy dah tahu.” Hidung Linda dipicit. Linda mencebik.

“Ermmm…daddy esok Lin ndak minta off day?”

“Ada dating ya.”

“Taklah. Linda ada ‘Reunion’ dengan teman-teman sekolej Lin.” Apa-apa hal mesti Linda akan minta keizinan dari ayahnya dahulu.

“Pergilah. Lin sudah besar dan pandai menjaga diri. Lagi pun daddy tahu Lin rindukan dia kan.”

“Daddy!” Linda menjerit kecil

Reunion_Prolog

KAD ‘Reunion’ itu Rosli belek berkali-kali. Tiada nama pengirimnya. Dia mengeluh berat. Ini mesti kerja teman-temannya yang mahu mengenakan dia. Dia kan suka menyakat dan mengusik mereka sebelum ini. Ini mesti nak membalas dendam punyalah. Rosli tersengih sendiri bila terkenangkan zaman remaja di kolej dahulu. Macam mana rupa mereka setelah lima tahun berpisah. Masing-masing memilih hala tuju sendiri setelah tamat belajar. Namun mereka bertujuh telah berjanji akan mengadakan reunion kembali. Mungkin inilah saat yang di nantikan.
            Rosli melihat jam di tangan. Kelibat sahabat yang dinantikan masih tidak kelihatan. Tidak mungkin dia salah tempat. Dia mengikut alamat yang dinyatakan di dalam kad ‘Reunion’ tersebut. Kalau salah pasti kunci bilik yang diberikan tidak mampu membuka pintu apartment ini. Dan sekuntum mawar merah mesti diselitkan pada kot yang dipakai.  Mengarut betullah. Rosli bersandar di sofa. Irama jazz yang dimainkan sungguh mengasyik ditambah lagi bau aroma yang diletakkan dalam apartment itu buat matanya terpenjam rapat.
            Bunyi derapan langkah dibelakangnya mengejutkan Rosli yang hampir lena. Terpisat-pisat Rosli menggosokkan mata. Dia berpaling. Namun tiada sesiapa pula. Mungkin hanya khayalannya. Rosli menarik nafas panjang. Jam di tangan direnung kembali. Jarum pendek sudah hampir menunjukkan pukul sepuluh malam. Rosli menggeluarkan telefon bimbitnya. Hanya satu nombor yang diingat antara mereka. Ezan…Ezan tidak pernah menukar nombor telefon sejak dari kolej. Tidak tahulah kenapa?
            “Mana pulak Ezan ni?” desis Rosli. Berapa kali dia mendail namun hanya peti pesanan suara yang kedengaran. Rosli menutup telefonnya. Dia merengus kecil. Lupa pula dia meminta nombor telefon teman-teman yang lain dari Ezan.
            “Time macam ini pulak dia tak angkat phone.  Sibuknya  lawyer seorang ni mengalah menteri pun ada.” Rosli merungut. Dia kembali menyandarkan kepalanya pada sofa.
            Sekali lagi telinganya menangkap bunyi derapan tapak kasut. Belum sempat Rosli berpaling lehernya telah dipaut erat. Dia meronta-ronta  untuk melepaskan diri. Namun tenaga tidak mampu melawan tenaga orang misteri itu. Mata Rosli membulat besar melihat sebilah pisau diangkat dengan tinggi.
            Rosli terkulai layu. Darah membuak-buak keluar dari lehernya yang dikelar. Mata Rosli terbeliak besar. Yang pasti Rosli sudah tidak bernyawa lagi. Si pembunuh mengulum senyuman di bibir. Dia menarik mawar merah yang terselit pada kot Rosli. Dicium haruman mawar itu penuh asyik kemudian dilemparkan pada muka Rosli.

EZAN mengeluarkan kunci di dalam poket seluar jeansnya. Fikirnya mungkin dia adalah orang yang terakhir yang sampai ke majlis ‘Reunion’ itu. Kerja di pejabat melambak-lambak. Kes sudah kian bertambah dari sehari ke sehari.  Muka dia makin kerap turun naik mahkamah! Kelam kjabut sampai handphone hilang entah ke mana. Mungkin tertinggal di pejabat agaknya. Ezan memulas cembul pintu. Sunyi sepi suasana dalam apartment tersebut. Dia mengerutkan dahi. Ingatkan semua dah sampai.
            Gelap gelita. Teraba-raba Ezan mencari suis lampu. Sebaik saja lampu terpasang mata Ezan terbeliak besar. Serta-merta wajahnya menjadi pucat. Kenapa boleh jadi begini. Jeritan di belakangnya mengejutkan Ezan. Dia segera berpaling. Entah bila teman-teman yang lain berdiri di belakangnya dia sendiri tidak sedar.
            “Ros…Ros…Rosli….” suara Vee terketar-ketar. Dia menekup muka pada dada bidang Jaimy.
            “Aku call polis.” Zaril mengeluarkan telefon bimbit. Emi disebelah sudah tidak dapat menahan air mata. Teresak-esak dia menangis sambil ditenangkan oleh Linda.
            Siapa yang bagi kad ‘Reunion’ ini? Mereka saling berpandangan. Ingin tunjuk jari pada Rosli...kawannya itu sudah terkaku di depan mata mereka dengan keadaan yang cukup mengerikan. Leher Rosli hampir putus dikelar. Tubuhnya pula seakan ditikam berulang kali....kejam! Tangan yang terkulai itu memengang kad jemputan yang turut mereka terima untuk hadir dalam jamuan ‘Reunion’ ini! Siapa pengirimnya! Ia menjadi tanda tanya.