Followers

Sunday, August 8, 2010

Reunion_Prolog

KAD ‘Reunion’ itu Rosli belek berkali-kali. Tiada nama pengirimnya. Dia mengeluh berat. Ini mesti kerja teman-temannya yang mahu mengenakan dia. Dia kan suka menyakat dan mengusik mereka sebelum ini. Ini mesti nak membalas dendam punyalah. Rosli tersengih sendiri bila terkenangkan zaman remaja di kolej dahulu. Macam mana rupa mereka setelah lima tahun berpisah. Masing-masing memilih hala tuju sendiri setelah tamat belajar. Namun mereka bertujuh telah berjanji akan mengadakan reunion kembali. Mungkin inilah saat yang di nantikan.
            Rosli melihat jam di tangan. Kelibat sahabat yang dinantikan masih tidak kelihatan. Tidak mungkin dia salah tempat. Dia mengikut alamat yang dinyatakan di dalam kad ‘Reunion’ tersebut. Kalau salah pasti kunci bilik yang diberikan tidak mampu membuka pintu apartment ini. Dan sekuntum mawar merah mesti diselitkan pada kot yang dipakai.  Mengarut betullah. Rosli bersandar di sofa. Irama jazz yang dimainkan sungguh mengasyik ditambah lagi bau aroma yang diletakkan dalam apartment itu buat matanya terpenjam rapat.
            Bunyi derapan langkah dibelakangnya mengejutkan Rosli yang hampir lena. Terpisat-pisat Rosli menggosokkan mata. Dia berpaling. Namun tiada sesiapa pula. Mungkin hanya khayalannya. Rosli menarik nafas panjang. Jam di tangan direnung kembali. Jarum pendek sudah hampir menunjukkan pukul sepuluh malam. Rosli menggeluarkan telefon bimbitnya. Hanya satu nombor yang diingat antara mereka. Ezan…Ezan tidak pernah menukar nombor telefon sejak dari kolej. Tidak tahulah kenapa?
            “Mana pulak Ezan ni?” desis Rosli. Berapa kali dia mendail namun hanya peti pesanan suara yang kedengaran. Rosli menutup telefonnya. Dia merengus kecil. Lupa pula dia meminta nombor telefon teman-teman yang lain dari Ezan.
            “Time macam ini pulak dia tak angkat phone.  Sibuknya  lawyer seorang ni mengalah menteri pun ada.” Rosli merungut. Dia kembali menyandarkan kepalanya pada sofa.
            Sekali lagi telinganya menangkap bunyi derapan tapak kasut. Belum sempat Rosli berpaling lehernya telah dipaut erat. Dia meronta-ronta  untuk melepaskan diri. Namun tenaga tidak mampu melawan tenaga orang misteri itu. Mata Rosli membulat besar melihat sebilah pisau diangkat dengan tinggi.
            Rosli terkulai layu. Darah membuak-buak keluar dari lehernya yang dikelar. Mata Rosli terbeliak besar. Yang pasti Rosli sudah tidak bernyawa lagi. Si pembunuh mengulum senyuman di bibir. Dia menarik mawar merah yang terselit pada kot Rosli. Dicium haruman mawar itu penuh asyik kemudian dilemparkan pada muka Rosli.

EZAN mengeluarkan kunci di dalam poket seluar jeansnya. Fikirnya mungkin dia adalah orang yang terakhir yang sampai ke majlis ‘Reunion’ itu. Kerja di pejabat melambak-lambak. Kes sudah kian bertambah dari sehari ke sehari.  Muka dia makin kerap turun naik mahkamah! Kelam kjabut sampai handphone hilang entah ke mana. Mungkin tertinggal di pejabat agaknya. Ezan memulas cembul pintu. Sunyi sepi suasana dalam apartment tersebut. Dia mengerutkan dahi. Ingatkan semua dah sampai.
            Gelap gelita. Teraba-raba Ezan mencari suis lampu. Sebaik saja lampu terpasang mata Ezan terbeliak besar. Serta-merta wajahnya menjadi pucat. Kenapa boleh jadi begini. Jeritan di belakangnya mengejutkan Ezan. Dia segera berpaling. Entah bila teman-teman yang lain berdiri di belakangnya dia sendiri tidak sedar.
            “Ros…Ros…Rosli….” suara Vee terketar-ketar. Dia menekup muka pada dada bidang Jaimy.
            “Aku call polis.” Zaril mengeluarkan telefon bimbit. Emi disebelah sudah tidak dapat menahan air mata. Teresak-esak dia menangis sambil ditenangkan oleh Linda.
            Siapa yang bagi kad ‘Reunion’ ini? Mereka saling berpandangan. Ingin tunjuk jari pada Rosli...kawannya itu sudah terkaku di depan mata mereka dengan keadaan yang cukup mengerikan. Leher Rosli hampir putus dikelar. Tubuhnya pula seakan ditikam berulang kali....kejam! Tangan yang terkulai itu memengang kad jemputan yang turut mereka terima untuk hadir dalam jamuan ‘Reunion’ ini! Siapa pengirimnya! Ia menjadi tanda tanya.

1 comment: