Followers

Wednesday, February 5, 2014

Stalker_S3


NUREEN ketawa puas hati. Padan muka dengan perempuan tak sedar diri tu. Mampus jugak! Ada hati mahu rampas laki dia. Sedarlah diri sikit! Jantan punya banyak dalam dunia ini, laki dia juga yang dipikat. Baguslah ada orang yang bunuh perempuan tu! Tak perlu dia upah orang buat kerja kotor.

            Nureen menghempaskan tubuhnya atas tilam. Sekarang, Khalil adalah miliknya seorang. Dia tak perlu berebut dengan perempuan tu lagi. Si Khalil ni pula entah ke mana lesapnya. Perempuan tu dah mati tak perlu ditangisi lagi. Antara dia dan Julia, dia akui Julia lebih cantik dan muda dari dia. Body pun solid dan cun! Biasalah manusia. Bila ada yang baru maka yang lama akan dilupakan. Nureen juga bakal menamatkan kontrak dengan Cythia Agency.


            Deringan telefon bimbit mengganggu lamunan Nureen. Nureen meraba-raba telefon bimbitnya di dalam beg tangan. Siapa pula yang mengganggu rehatnya? Mungkin panggilan dari Khalil?

            “Helo!”
            Senyap.
            “Helo!”
            Senyap.

            Panggilan bisu. Nureen ketap bibir. Kebelakangan ini dia kerap menerima panggilan bisu. Itu sebab dia malas angkat jika ada panggilan yang tertera ‘private number’ di skrin telefon. Mungkin ada teman-teman yang gatal mahu menyakat dia. Barangkali? 

            “Helo-helo!” Nureen mula rasa bengang. Cam sial orang yang bermain-main dengan dia ni. Nureen sudah menyumpah seranah.

            Telefon bimbitnya dimatikan. Nureen bingkas bangun menuju ke bilik air. Badan sudah bau melekit masakan mahu tidur dalam keadaan badan berbau. Nureen tak selesa. Pancuran air kedengaran. Sambil mandi sambil menyanyi. Tak kisahlah jika suaranya tak sedap. Bukannya dia mahu masuk pertandingan nyanyian. Peserta-peserta AF tu, suara bukannya sedap sangat. Orang pilih rupa dari bakat yang ada. 

            Segarnya badan selepas mandi. Nureen menyarung baju tidur pada tubuhnya. Rambutnya dikeringkan dengan hairdryer. Nureen on kan semula telefon bimbit. Beberapa mesej masuk di dalam telefonnya. Mesej dari Khalil ke?

            aku tak suka nyanyian kau. Sumbang!
            Jangan biarkan tingkap tak berkunci.
            Hiasan rumah kau memang cantik.

Nureen menelan air liur apabila membaca mesej-mesej tersebut. Matanya liar memandang kiri-kanan. Langsir biliknya berkibaran. Dia yakin yang dia sudah menutup jendela. Jantung Nureen berdengup kencang.

Nureen berlagi memijak anak tanggan menuju ke ruang dapur. Dia membuka laci dan mengambil sebilah pisau. Dia berjalan sambil mengacukan pisau. Nafas Nureen turun naik. Banglo dua tingkat itu sunyi sepi. Adakah orang itu hanya mahu menakut-nakutkan dia? Telinga Nureen menangkap bunyi pintu tertutup di tingkat atas. Dia menapak anak tangga semula.
Perlahan-lahan Nureen memulas tombol pintu. Dia memeriksa dua bilik di hadapan. Tiada sesiapa. Kini, hanya tinggal bilik tidurnya. Mata Nureen membulat besar melihat bunga-bunga ros berselerakkan atas tilam. Pisaunya masih digenggam erat. Desiran air kedengaran. Bilik mandinya. Nureen melangkah masuk ke bilik air. Tangan Nureen terketar-ketar menyingkap kain di tab air itu. 

Tiada sesiapa!

Nureen berundur ke belakang selangkap demi selangkah. Tangan yang bersarung tangan hitam itu menekup mulut Nureen. Lehernya dikelar. Nureen mengelumur seperti ayam kena sembelih sebelum putus nafas. 

            “Bunuh... bunuh… bunuh…” Bibirnya hanya mengungkapkan perkataan bunuh. Tikaman bertubi-tubi pada tubuh yang sudah tidak bernyawa itu. Darah mercik di merata tempat. Dia mengesat wajahnya. Matanya terbuntang melihat kedua-dua belah tangannya sudah dicemari darah. Dia tersenyum. Cantiknya warna darah.

            Dia mengangkat mayat Nureen ke atas katil. Almari pakaian Nureen dibuka. Beberapa pakaian milik Nureen dipilih satu-persatu. Pakaian Nureen ditukar ganti. Wajah Nureen disolekkan. Cantik! Hasil seninya memang cantik.            
            Dia tersenyum lagi. Masa untuk mengambil gambar bersama. Dia bangunkan tubuh Nureen bersandar pada bahunya.
            KLIK!


“MANA pulak perempuan ni pergi?” Khalil cuba menghubungi Nureen berkali-kali. Panggilan tidak diangkat. Nombor tidak dapat dihubungi sementara waktu? Khalil hempaskan telefon atas katil. Dia berjalan ke hulur hilir. Duit dalam kocek semakin kering. Selama ini dia banyak bergantung pada kewangan Nureen. Nak harapkan gaji setakat 2k itu mana mampu nak enjoy dengan perempuan. Lagi-lagi bila dia kerap menginap di dalam hotel budget ini.

            Khalil tidak menunggu lama. Dia sarungkan kemeja pada tubuhnya lalu melangkah keluar. Dia sudah bersedia menghadapi amukan Nureen. Perempuan… marahnya hanya sekejap. Lidah perlu manis untuk memujuk. Maka perempuan akan cair. Khalil yakin yang Nureen bodoh itu masih sayangkan dia.
            Banglo Nureen terang-benderang sewaktu menjejaki kaki di luar pagar. Baguslah Nureen belum beradu lagi. Khalil mengeluarkan kunci pendua miliknya. Dahi Khalil berkerut melihat pintu utama yang tidak berkunci. Cuai betul Nureen. Kalau pencuri dan perogol masuk, kan naya? Perogol dapat habuan free! 

            Khalil melangkah masuk. Matanya meliar melihat sekeliling ruang dalam banglo tersebut. Sunyi sepi? 

            “Nureen!” Laungnya. Khalil memijak anak tangga.

         Sebaik memulas tombol pintu, telinga Khalil menangkap bunyi desiran air. Bibir Khalil tersenyum nakal. Nureen sedang mandi. Mata Khalil menghadap pada beg tangan Nureen di atas meja solek.
            Dia memunggah isi dalamnya. Beg duit Nureen dibuka. Beberapa keping not satu ringgit saja. Wang banyak ini mana cukup untuk dia berbelanja. Khalil tidak menunggu lama lama. Dia mengetuk-ngetuk pintu bilik mandi memanggil nama Nureen.

            “Nureen!”
            Tiada sahutan
            “Nureen!”
            Tak boleh jadi ni?

            Khalil terus saja memulas tombol pintu. Apa yang nak dihairankan. Nureen isteri dia.
Halal untuk dia.

            Sebaik pintu terbuka. Mata Khalil seakan mahu terjegil keluar melihat Nureen yang terbaring di dalam tab mandi dengan berlumuran darah. Mata Nureen terbeliak besar. Gambar-gambar Nureen terapung di permukaan air.

No comments:

Post a Comment