Followers

Sunday, March 10, 2013

Stalker_1

setahun kemudian…


“AKU tengok Julia tu makin cantiklah.” Haris menyiku lengan Dino. 

            Dino menjuihkan bibir. Perempuan kering macam hantu jerangkung itu yang Haris katakan cantik? Buta ke mata mamat ni?

            “Aku tengok biasa je nok.”
            “Kau jeles ya?”
            “Sori sikit. Aku nak jeles dengan pompuan. kirim salam.” Cebik Dino. Dia menyimpan segala alat solekkan dalam bekas.

            “Wei, kau adjustlah aku dengan dia.” Terjongket-jongket kening Haris.

            “Kau nak kenal dia, kau pergilah adjust sendiri.”
            Tak kuasa aku, nok! Julia tu kaki kikis. Pilih jantan yang kocek penuh. Setakat kocek pupus macam Haris tak dilayannya. 

            “Pleaselah Dino...” Haris menggoncang-goncang tangan Dino.
            ”Aku dengan pompuan tu tak sebulu nok! Musuh ketat!” rengus Dino.

            Dia bingkas bangun meninggalkan Haris. Terkebil-kebil Haris. Semacam pula marahnya si Dino tu? Takkan syok pada aku pula? Geli-gelemenlah aku. Haris perlu bersiap sedia untuk shoot foro-foto model seterusnya. Rambang mata melihat model-model yang cun ni!


“HELO… Helo... siapa yang bercakap ni! I buat report polis nanti. Celaka!” Julia merengus geram. Setiap kali dia menerima panggilan tersebut tiada orang yang bersuara pulak. Dia hempaskan telefon bimbitnya. Perbuatan Julia menjadi perhatian teman-teman sekerja lain.

“What wrong Ju? You ada problem ke?” Tegur Gina teman baiknya. Julia gelengkan kepala.
            “Don’t worry, I tak apa-apa.” Desis Julia. Dia lepaskan rambut yang disanggul rapi itu.
            “Are you sure?” Gina masih rasa sangsi.
            I okay. Just tertekan dengan kerja saja.” Julia menepuk bahu Gina.

          Gina mengeluh kecil. Julia jenis yang suka menyimpan rahsia. Bukan dia tidak tahu dengan masalah Julia. Pastinya dari gangguan dari panggilan bisu tu. Entah siapalah yang mahu mempermainkan Julia. Adakah Nureen? Apa tidaknya, mereka kini bermusuhan kerana Khalil. Lelaki berhidung belang itu. Julia pun bodoh terkejar-kejar lelaki seperti Khalil.

            Julia menyalin pakaiannya. Sesi penggambaran telah selesai setengah jam tadi. Lega rasanya. Esok bolehlah dia hilangkan stress dan berehat di rumah sepanjang hari. Panggilan Khalil juga tidak dibalas. Berderet missed call dari si bapak buaya itu dalam telefon bimbitnya. Dia buat tidak endah. Malas dia mahu melayan lelaki berhidung belang itu. Mengaku bujang rupanya sudah berkahwin. Tak sangka pula isteri Khalil adalah Nureen. Mengamuk sakan Nureen bila dapat hidu perhubungan intim dia dengan Khalil. Bukan salah dia. Dia tak tahu-menahu yang Khalil sudah berkahwin. Nureen pula merahsiakan perkahwinan mereka. Menyesal dia menerima cinta Khalil tanpa unsul periksa. Sudahnya Nureen masam muka. Tidak bertegur-sapa.

            “Itulah… asal nampak jantan hensem terus sapu. Kan dah merana badan.” Celah Dino si tukang solek.
            “Jangan sibuk!”
           “Model macam you ni tak payah tunjuk sucilah. Entah berapa orang jantan yang you ajak tidur agaknya.” Makin celupar mulut Dino.
            “Jaga sikit mulut you.” Julia melenting. Bapok seorang ini suka bikin panas dan bikin kacau saja!
            “Benda betul!”
            “You pun sapu jantan jugak!” 
            “I masih belum sampai ke kamar tidur.” 

         Julia dan Dino sudah bertegang urat. Gina gelengkan kepala. Dia sudah bilang banyak kali dengan Julia agar tidak dilayan bapok seorang itu. Bazir air liur saja!

            “Sudahlah Ju.” Kalau tidak masuk campur makin meleret pula jadinya.
           “I geram tau dengan si bapok ni. Mulut macam jamban!” Rengus Julia.

           Kau tu mulut macam taik!” Dino membalas.
           Perempuan seekor ini kalau dilayan sampai subuh pun tak abis berdebat. Baik dia chow dulu.
           Lenggok Dino buat Julia menjuihkan bibir. Dasar bapok keparat!

          Gina gelengkan kepala.

“Julia... you betul-betul tak nak ikut kita orang pergi enjoy malam ini. Mana tahu jumpa jantan lebih power dari Khalil.” Gina mengajak.
            “I letihlah Gina. I nak balik rumah tidur.”
            “Never mind, but I balik lambat malam ini. Maybe I tidur rumah Mala. You tak takut tinggal sorang ke?”
         “Kalau setakat disakat hantu tu I boleh tahan lagi Gina. Kucing you pun ada temankan I.” Julia tersengih. Boleh dia buat lawak masa ini. 
           “If dah itu kata you, I tak paksa. Pastikan you kunci semua pintu dan tingkap. Jangan lupa kasi si Montel I makan. Kucing I itu bukan you tak tahu pantang lewat sikit bagi makan mulalah dia memprotes.” Pesan Gina. Bagaimana pun Gina masih bimbangkan keselamatan Julia. Entah mengapa malam itu dia rasa tidak sedap hati.

            “Okay Ju. Take care.” Sambungnya lagi.
            “You too.” Gina segera menyertai teman-teman yang lain. 

          Julia memerhati sehingga teman-temannya itu hilang dari pandangan mata. Dia hela nafas panjang. Pantas dia menarik beg tangan letak ke bahu. Dia berjalan menuju ke pintu lif.  Beberapa minit kemudian dia sudah berada di tempat letak kereta. Julia campakkan beg tangannya di  tempat duduk sebelah. Ketika dia ingin melangkah masuk ke dalam perut kereta telinganya menangkap bunyi derapan tapak kasut. Julia segera berpaling. Tiada sesiapa. Dia terasa seperti diekori tadi. Khalayan dia agaknya. Pedulikan! Kalau bapok itu yang ekori memang dia hambat dengan beg tangannya. Enjin kereta Volvo berwarna putih itu dihidupkan.

         12.30 Malam. Bunyi desiran air mencurah-curah di dalam bilik mandi. Alunan muzik ringan dimainkan dalam ruang bilik yang agak luas itu. Julia melangkah keluar dari bilik mandi. Dia menyarungkan baju tidur nipis memperlihatkan lekuk tubuhnya yang langsing. Dia duduk di birai katil sambil menyisir rambut separas pinggang itu. 

            Telefon bimbit bergetar di atas meja soleknya. Julia bingkas bangun. Panggil dari private number. Buaya darat itukah?  

            Helo...”
            Senyap.
“Helo...siapa di sana?”
Senyap.

“Celaka! Kamu lagi? Tak serik-serik kamu ganggu I ya! Kamu juga yang mengirimkan berpuluh-puluh surat kosong kepada I kan? Apa motif kamu? Kalau kamu anak jantan bersemukalah dengan I. Kamu buat panggilan sial dengan I lagi, I report polis.” Marah Julia.
“He...he...he...” Bunyi ketawa seakan berbisik itu buat darah Julia menyirap. Dia putuskan line telefon bimbitnya.

Julia tersentak mendengar bunyi gelas terhempas di sudut dapur. Berdebar-debar jantung Julia dicengkam rasa takut. Dia mengambil sebilah gunting bersamanya. Julia menghendap perlahan ke ruang dapur. Satu bayangan hitam pantas menerpa ke arah Julia. Dia angkat kedua belah tangannya.

            “Argh!!” Julia menjerit lantang. Terasa pedih pada lengan kirinya. Gunting di tangan terlepas dari pegangan.
            “Meow...” Bunyi itu amat Julia kenali. Dia mengurut dada tanda lega.

         Rupanya si Montel kucing kesayangan Gina. Julia cekak pinggang dengan kenakalan Montel. Senyuman terukir di bibir. Lantas tubuh Montel didukung. Dia labuhkan punggung atas sofa. Jemari runcing Julia mengusap-usap bulu Montel yang lembut. Montel lena dalam ribaan Julia. Montel kacukan kucing Parsi dan kucing biasa. Gina membela Montel  dari kecil lagi. Kucing itu diberikan oleh teman lelaki Gina sebagai hadiah jadi. Bertuah Gina mempunyai teman lelaki yang begitu baik dan penyayang. Bukan macam buaya darat itu. Tak cukup dengan seorang betina.

            Montel tiba-tiba bingkas bangun dan turun dari ribanya. Matanya bulat membesar. Bulu montel meremang. Montel tampak garang seakan melihat sesuatu.

          “Sayang, kenapa ni?” Julia mengusap kepala Montel. Tidak pernah dia lihat Montel mempunyai reaksi begitu sekali.
            “Kamu nampak apa Montel?” Julia memalingkan kepalanya ke belakang. Belum sempat dia mengeluarkan suara, mulutnya telah ditekup. mAtanya terbeliak besar.

             Montel lari menyorok di bawah meja tamu. Julia meronta-ronta bergelut dengan si tetamu tidak diundang. Tubuhnya terbaring atas lantai. Julia tidak berdaya untuk melawan lagi.

            “Wanginya rambut kau.” Dia mencium rambut Julia.  

       Julia tidak dapat bersuara atau menjerit. Mulut Julia ditutup serapat-rapatnya. Ketakutan jelas terpamer pada wajah Julia. Bulat mata Julia bila sebilah pisau diacukan ke mukanya. Julia memandang sayu memohon simpati. Pisaunya mula menjalar hingga ke pangkal leher. Air mata Julia sudah mula merembes.  Dia mengorak senyuman. Sepantas kilat leher Julia dikelar hidup-hidup. Julia mengelupur seperti ayam kena sembelih. Darah membuak keluar. Tidak cukup dengan itu, dia menikam tubuh Julia bertubi-tubi sehingga gadis itu tidak bergerak. Matanya terbuntang luas. Julia sudah putus nafas.

 Darah.. darah... aku suka warna darah.”

          Si pembunuh mengusap-usap lembut wajah Julia. Dia melekapkan telinga pada dada Julia untuk mendengar denyupan jantung Julia. Dia kerutkan dahi. Tubuh Julia digoncangkan. Julia tidak memberikan sebarang reaksi. Julia benar-benar sudah tidak bernyawa. Dia ketawa mengekeh. 

            “He... he... he... dia dah mati. Dia dah mati. Kau dah bunuh dia.” Dia bercakap sendiri macam orang tidak siuman. 
            “Jahanam kau! Kenapa kau bunuh dia! Kesian dia...” Tidak tahu dia memarahi siapa. Sedangkan hanya dia dan mayat Julia berada dalam rumah itu. Dia mula tersedu-sedu sambil membelai wajah Julia. Kemudian dia termanggu sendirian. Akhirnya dia ketawa mengekeh. Hehehe...
            “Kulit yang licin. Aku suka.” Dia masih mengusap-usap wajah Julia.Dia bongkokkan tubuh lalu mengangkat tubuh kaku Julia. Dia kendong mayat Julia masuk ke bilik tidur. Julia dibaringkan atas katil.

          Almari baju di dalam bilik itu digeledah. Berberapa pasang baju menarik perhatiannya ditarik keluar. Dia cuba padankan baju-baju tersebut pada tubuh Julia. Argh! Tiada yang sesuai buat Julia. Mungkin baju tidur yang berlumuran darah itu lebih sesuai buat Julia. Dagunya diusap. Rambut Julia disikat rapi laksana seperti anak patung. 

            Lepas ni kita bergambar bersama.” Dia bersuara sendiri. Darah memercik lagi.

        Kulit muka Julia yang sudah disiat itu dia cuba pada wajahnya. Cantik sebab ada warna darahnya. Dia tersenyum kecil. 

            KLIK! Gambar bersama mayat Julia diambil.


GINA memulas tombol pintu. Hairan kerana pintu rumahnya tidak berkunci. Lalai betul Julia ni.  Kalau perompak masuk macma mana? Tak ke kes naya jadinya. Lagi parah jika perogol. Julia juga yang jadi mangsa. Perogol bukannya kira anak dara ke tak anak dara. Dia main pakai sapu je. Gina letakkan beg tangan atas sofa. Dia bersandar seketika. Letih menari beberapa kali round di pub semalam masih terasa.  

            “Meow...” Gina dikejutkan dengan bunyi si Montel. Montel menggesel-gesel kakinya. Gina angkat tubuh Montel duduk atas ribaannya.
            “Kau belum makan lagi ya Montel. Ju ni tak boleh harap langsung.” Bebel Gina sendirian.

Angin dia kurang baik. Malam tadi dia terserempak Faiz berkepit dengan perempuan entah mana di pub. Dia serang Faiz tanpa berfikir panjang. Faiz dengan selamba memutuskan perhubungan mereka malam itu juga. Sakit hati Gina. Malu pun dapat. Tidak sangka Faiz berubah begitu cepat. Faiz bukan lagi lelaki yang dia kenali dulu. Gina mengesatkan air matanya. Dia dukung Montel ke ruang dapur. Makan bijirin berjenama Whiskas itu dibubuh dalam bekas makanan kucingnya. Dia suakan kepada Montel. Lahap Montel meratah makanannya.

            Gina bingkas naik ke tingkat atas. Dia lihat pintu bilik Julia terbuka luas. Gina kerutkan dahi. Pelik. Julia tak pernah biarkan biliknya tidak berkunci. Apakah gadis itu berada di dalam biliknya? Julia merengus kecil. Dia melangkah masuk. Bilik tersebut agak gelap. Gina gelengkan kepala bila terpandang susuk tubuh yang berselubung atas katil.

“Ju... matahari sudah tegak atas kepala you masih tidur lagi.” Desis Gina. Dia menarik langsir yang menutup jendela. Pancaran cahaya matahari menembusi ruang dalam bilik itu. Gina  menghampiri Julia yang disangka sedang tidur. 

“Ju... Ju... wake up.” Gina menggoncangkan tubuh Julia. Tiada reaksi. Tidur mati betul si Julia ni.
 
“Ju... Ju... you tak panas ke berselubung begini?” Getus Gina. Tubuh Julia digoyangkan lagi. Masih tiada reaksi. Gina rasa tidak sedap hati. Julia tak bergerak langsung. Matanya terpaku pada warna merah yang melekat pada selimut Julia. Warna merah seakan darah.

“Ju...you jangan takutkan I.” Gerutu Gina. Tangan Gina pantas menyingkap selimut pada tubuh Julia. Bola mata Gina bulat membesar. Julia yang berlumuran darah terbaring atas tilamnya. Gina menekup mulut melihat keadaan Julia. Ngeri...

8 comments: